Langkah/Masa | Isi Pelajaran | Aktiviti Guru | Aktiviti Murid | Nilai – nilai/KKBK | Bahan bantu mengajar |
Set Induksi 5 minit | Imbas kembali | 1. Guru memperdengarkan lagu ‘10 budak Hitam’. 2. Guru menegaskan kepada murid mengenai topik yang akan di ajar kepada mereka iaitu mengenal dan menulis nombor 100, 200, 300, 400, 500 hingga 1000. | 1. Murid menyanyi lagu ‘10 budak hitam’. 2. Guru memilih murid secara rawak iaitu individu dan kumpulan untuk menyanyikan lagu 10 budak hitam. | Berani Pengetahuan sedia ada: 1. Murid sudah mengenal nombor 1 hingga 100 semasa di Tahun 1 2. Menyusun atur | CD nyanyian kanak – kanak lagu ’10 budak hitam’ |
Langkah 1 10 minit | Penerangan mengenai nombor 100 hingga 1000. Contoh : penerangan 100,200, 300, 400, 500, hingga 1000 | 1. Guru memberi penerangan dengan menayangkan slaid 100, 200, 300 hingga 1000. 2. Guru menayangkan nombor secara rawak nombor – nombor 100 hingga 1000. Contohnya: 300, 700, dan 500. 3. Guru memanggil murid secara individu untuk menyebut huruf secara rawak seperti yang ditunjukkan oeh guru. | 1. Murid mendengar dan menyebut nombor tersebut mengikut turutan nombor dari 100 hingga1000. 2. Murid – murid mengenalpsati nombor dan menyebut nombor secara rawak seperti yag ditunjukkan oleh guru | Berani Yakin pada diri sendiri | |
Langkah 2 15 minit | Aktiviti kumpulan | 1. Guru membahagikan murid kepada 5 kumpulan. Setiap kumpulan ada 4 orang murid. 2. Guru memberi arahan kepada murid untuk melengkapkan kotak nombor mengikut turutan 100,200 hingga 1000. | 1. Murid berada di dalam satu kumpulan yang mengandungi 4 orang ahli. 2. Murid menaip nombor untuk mengisi nombor yang tertinggal dalam kotak nombor yang telah disediakan. | Bekerjasama Yakin pada diri sendiri Mematuhi arahan | Power point Teori konstruktivisma |
Langkah 3 15 minit | Aktiviti Kumpulan: kuiz | 1. Guru menyediakan titik –titik nombor bagi membentuk sebuah gambar yang berbeza mengikut kumpulan. 2. Guru meminta murid menyambungkan garisan bagi setiap nombor mengikut turutan bagi melengkapkan sebuah gambar. | 1. Murid mendengar arahan guru dan melaksanakan tugasan yang diberikan. | Hormat-menghormati Sabar Bekerjasama | Power point Teori konstruktivisma |
Langkah 4 10 minit | Latihan pengukuhan | 1. Guru edar lembaran kerja kepada murid. | 1. Murid menjawab latihan di dalam lembaran kerja yang diberikan secara individu. | Yakin pada diri Jujur Berdikari | Lembaran kerja |
Penutup 5 minit | Membuat rumusan dan memberi kerja rumah | 1. Guru membuat rumusan kepada murid tentang apa yang telah dipelajari pada hari ini iaitu mengenal dan menyebut nombor 100, 200 hingga 1000 mengikut turutan. 2. Guru memberi lembaran kerja sebagai latihan di rumah | 1. Murid - murid menyebut semula nombor 100, 200 hingga 1000 mengikut turutan. | Mematuhi arahan guru | Lembaran kerja |
Khamis, 9 Jun 2011
HURAIAN RANCANGAN PEMBELAJARAN DAN PENGAJARAN MATEMATIK TAHUN 2
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
AKTIVITI MURID
AKTIVITI KUMPULAN
Langkah 2
View more presentations from aidalie.
MARI BERMAIN DENGAN NOMBOR
Langkah 3 kump 2
View more presentations from aidalie.
Langkah 3 kump 4
View more presentations from aidalie.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan